Bunga Berguguran
Thursday, December 23, 2010
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong dan bersihkan
1 biji kelapa - jadikan 3 cawan santan
2 biji ubi kentang - belah 4
20 cili padi (kurangkan jika tak suka pedas) }
1 inci kunyit hidup } tumbuk lumat
1 ulas bawang kecil }
2 batang serai - dititik
1 asam keping
garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Masukkan ayam, serai dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan hingga air ayam hampir kering.
2. Masukkan santan dan kentang. Pada masa ini gulai hendaklah selalu dikacau supaya tidak pecah minyak. Tunggu hingga kentang empuk.
3. Bila kentang dah empuk, masukkan asam keping dan perasakan garamnya.
4. Angkat dan sedia untuk dihidang
Labels:
LAUK-PAUK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
assalamualaikum...
tima kasih yer sudi jengah2 blog hanamemories. kat sini pong banyak menu yg menarik... suke tgk beg sejadah tuh... kretip btol! salam kenal ye... kak ke adik nih? hihi
Waalaikummussalam.tima kasih jugak atas kesudian hana menjenguk rumah akak yag serba kekurangan ni. Akak ni masak biasa2 je hana. Beg sejadah ni pun kak belaja kat kemas. Sja2 isi masa masa dgn hobi menjahit ni. Tq skali lagi.
Salam perkenalan.
Singah jenguk resipi dan beg sejadah. Pandainya akak memanipulasikan sejadah tu jadi beg terus. Senang nak bawak pi mana2.
Salam perkenalan jugak buat hann.
Kebetulan hari tu kat tempat akak ni KEMAS buat bengkel jahitan beg sejadah. Tu yang akak join sekali. Di samping minat dapat jugak la menambah pendapatan. Tq sudi menjenguk rumah akak yang tak seberapa ni. Maklumlah saya budak baru belajar.
Salam kenal dari Nur
Terima kasih sudi singgah keblog Nur...sini pun byk resipi yg sedap2...serimuka tu lah yg jadi febret nur.
Nur:Sama-sama. Tq juga pd nur kerana sudi meluangkan masa menjenguk ke rumah akak yang serba kekurangan ni.
Post a Comment