Bunga Berguguran

Wednesday, June 23, 2010

Beg Sejadah Lagi


Alhamdulilah akhirnya dapat juga saya menyiapkan pesanan dari kawan-kawan induk tu. Inilah dia beg2 yang telah saya jahit tu. Tapi tinggal 5 je. Yang lagi satu warna hitam induk dah ambil dulu sebab kawannya tu nak buat hadiah harijadi maknya pada 21 hb yang lalu. Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan "Selamat Hari Lahir" buat mak Ain. Harap2 semua pihak berpuas hati.


Yang ini beg yang telah dipesan oleh Ayu. Katanya warna apa2 jelah kak. So saya pun buatkan dia wana oren dan biru tua. Tapi yang biru tua tu telah terlepas pandang untuk berposing. Yang kat bawah tu pulak pesanan dari Ina. Saya cuma jahit sahaja. Sejadah dan kain disediakan sendiri oleh Ina. Yang merah hati tu pulak pesanan  dari Ila. Dia nak warna merah hati. Yang ketiga2 ni sebenarnya dah pun dihantar. Cuma baru perasan gambarnya sempat di snap jadi saya pun tempeklah kat sini. Terima kasih pada kawan-kawan yang telah memberi kepercayaan


Tuesday, June 22, 2010

Tempahan Lagi....

Semenjak dua menjak ni sebuk je memanjang. Kadang-kadang tu wat-wat sebuk pun ada gak. Tempahan untuk beg sejadah Alhamdulilah amat menggalakkan. Kebanyakannya biasalah dari kawan-kawan sepejabat dan dari kawan2 induk. Sekarang ni saya tengah sibuk nak menyiapkan tempahan dari kawan-kawan induk. Seboleh-bolehnya sebelum rabu ni saya kena siapkan 6 beg yang telah ditempah oleh kawan2 induk tu. Yang 5 dah siap tinggal 1 beg lagi yang belum sempat nak pasang. Ingat malam tadi nak siapkan, malam ni boleh hantar. Tapi apakan daya si kecikku pulak merengek. Terpaksalah pulak maknya ni tutup mesin. Kesian pulak kat dia. Dia pun perasan agaknya sejak akhir-akhir ni mak dia ni sebuk je memanjang. Baik ari keje, baik ari cuti pun.

Cuti yang lepas balik kg suami. Jadi tergendala lah sebentar rancangan. Tempahan dari member sepejabat masih ada yang belum dimulakan. Hari tu K. Peah buat ulang tempah untuk 2 beg. Katanya nak bagi pada mak... dan adiknya. K Zu pun dah bagi sejadah dan kain untuk wat 4 beg. Disamping tu ada juga tempahan dari office mate suami. Terbaru Ila pun buat ulang tempah untuk diri sendiri. Yang dah tempah sebelum ni semua dah dihantar. Tapi tak sempat pulak nak ngambik gambar2nya. Sibuk sampai terlupa lak nak ambik gamba. Untuk tempahan yang ada ni nanti nak juga ambik gambar dan tempek kat sini.

Terima kasih pada kawan-kawan yang telah sudi memberikan kepercayaan. Kalau ada apa2 yang kurang tu tegurlah. Sekurang-kurangnya kekurangan tu dapat diperbaikki. Insyaallah.

Wednesday, June 2, 2010

Dah Siap

Beg sejadah ni semuanya dah pun dihantar kepada mereka-mereka yang mengoder aritu. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mengoder. Harap-harap berpuas hati dengan hasilnya. Nak order lagi pun boleh. Tempahan masih diterima.

Tempahan Beg Sejadah

Dah agak lama jugak saya tak mengapdet blog ni. Rasanya macam dah sebulan kot. Maklumlah semenjak dua menjak ni sibuk sikit. Sambutan terhadap tempahan beg sejadah pulak agak menggalakkan. Kebanyakan yang menempah kawan-kawan dari ofis je. Orang luar ada lah sikit-sikit. Nak ambik banyak-banyak takut tak cukup lak kakitangan nak membuatnya. Jadi buat la sekadar yg termampu. Masa pun agak terhad. Kalau ari cuti dapat la beri komitmen lebih sikit. Tapi ari kerja ni nyambil-nyambil je la.Penat tu penat la jugak tapi dalam hati rasa puas.