Alhamdulilah akhirnya dapat juga saya menyiapkan pesanan dari kawan-kawan induk tu. Inilah dia beg2 yang telah saya jahit tu. Tapi tinggal 5 je. Yang lagi satu warna hitam induk dah ambil dulu sebab kawannya tu nak buat hadiah harijadi maknya pada 21 hb yang lalu. Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan "Selamat Hari Lahir" buat mak Ain. Harap2 semua pihak berpuas hati.
Yang ini beg yang telah dipesan oleh Ayu. Katanya warna apa2 jelah kak. So saya pun buatkan dia wana oren dan biru tua. Tapi yang biru tua tu telah terlepas pandang untuk berposing. Yang kat bawah tu pulak pesanan dari Ina. Saya cuma jahit sahaja. Sejadah dan kain disediakan sendiri oleh Ina. Yang merah hati tu pulak pesanan dari Ila. Dia nak warna merah hati. Yang ketiga2 ni sebenarnya dah pun dihantar. Cuma baru perasan gambarnya sempat di snap jadi saya pun tempeklah kat sini. Terima kasih pada kawan-kawan yang telah memberi kepercayaan
No comments:
Post a Comment