Bunga Berguguran

Monday, June 13, 2011

PENCIL CASE UNTUK ANAK

Pencil case ni saya untuk Along & K Lang. Untuk Along saya buat menggunakan lebihan kain buat handbag aritu. Yang warna merah ni pula untuk anak dara tunggal saya tu. Tanya jugak pada si angah kalau2 dia nak. Boleh la buatkan sekali. Tapi tak mahu katanya. Jadi buat 2 jelah.

 
 Inilah Hasilnya...

 Untuk Along

 Untuk K. Lang

 Ada tali berbentuk riben

Body pun letak riben jugak. Kegemaran budak pompuan.

HOMEMADE HANDBAG

Ini projek jahitan saya weekend baru ni. Sebelum ni ada jugak buat handbag sendiri tapi tak teringat nak ambik gambar. Kali ni saya buat bukan untuk mengantikan beg yang sebelum ni. Saja nak tukar-tukar. Walaupun tak secantik yang di jual di kedai, tapi puas hati sebab menggunakan handbag hasil tangan sendiri. Kainnya saya beli kat Nagoya je.

 Ini pandangan dari depan dan pandangan sisi. Saya buat 2 poket di kiri dan kanannya. Senang nak letak telefon.

Ini pandangan dari dalam. Ada dua poket di dalamnya. Talinya pula saya letakkan cincin besar.

BENGKEL JAHITAN MANIK

Pada 3 jun yang lepas saya telah berpeluang menghadiri Bengkel Jahitan Manik di Bengkel KEMAS Kg. Pondok, Rasah. Bayarannya cuma RM60 sahaja. Memandangkan saya telah menjadi ahli hanya bayar RM40 aje. Tenaga pengajarnya seperti biasa Pn. Hanum dibantu oleh Kak Puziah (maaf kalau spelling silap). Kira-kira 20 orang jugak lah yang hadir. Mula2 rasa pening jugak la kepala. Manakan tidak bila tengok manik yang kecik2 tu. Tapi last2 seronok pulak jadinya. Berbaloi-baloi dengan bayaran yang minimum. Dah la dapat ilmu, makan dan minum pun ditanggung. Terima kasih pada Cikgu Hanum dan Kak Puziah yang tak lokek untuk menurunkan ilmu, walaupun ada pelajaran yang tidak termasuk dalam modul kursus tu.

Disini saya kongsikan juga paten2 yang telah sempat kami pelajari aritu. Ada yang herot-berot jugak. Maklumlah saya budak baru belajar. Raya tahun ni berhajat jugak nak bermanik-manik kat baju raya.








Wednesday, May 25, 2011

BEG SEJADAH SIAP

Inilah satu-satunya Beg Sejadah yang dah complete saya jahit pada masa ini. Itupun sebab kebetulan stok sejadah ada. Tapi gambarnya tak berapa cantik sebab ambik kat dalam rumah dan waktu malam pula. Ni warna hijau muda.
 
Ini Rupa Beg Dari Luar

Ini Rupa Sejadah Di Dalamnya

Ini pula beg-beg yang sempat saya pasangkan zip. Poket dan tali belum dijahit lagi. Masih belum berkesempatan untuk survey sejadah yang sesuai dengan kain ni. Kalau ada sesiapa yang berminat jangan segan-segan menghubungi saya. Jom cuci mata......



Monday, May 23, 2011

WAJAH BARU

Dah lama sungguh tak bersiaran, tup...tup rumah saya ni berubah wajah lagi. Sebenarnya ni hasil sentuhan anak sedara saya yang sedang blaja kat Melaka tu. Almaklumlah mak sedara dia ni tak kreatip sangat bab-bab komputer ni. Sekadar cukup makan je. Apa pun tq pada K long yang telah bermurah hati nak membantu.

Aktiviti memasak macam biasa je tapi malas sangatlah nak mengambil gambar apatah lagi nak masukkan kat sini. Lagipun masak biasa-biasa je. Bab jahit-menjahit pun takde lah sesibuk mana. Ada la jahit beg sejadah sikit-sikit. Stakat ni baru yang warna hijau muda je yang complete. Yang lain-lain tu sedang dalam proses. Nanti bila dah siap saya akan masukkan gambarnya kat sini. Mana tahu kalau ada yang terbekenan. Tunggu....jangan tak tunggu...

Saturday, April 30, 2011

TEMPAHAN BEG SEJADAH


Ini tempahan Beg Sejadah yang telah ditempah oleh Cik Suhaila dari Pel Klang. Dah siap pack untuk dihantar. Terima Kasih Cik Suhaila. Harap-harap Cik Suhaila berpuas hati.

Sunday, April 3, 2011

OLE-OLE DARI KLUANG

Pagi semalam adik bongsu saya singgah rumah menghantarkan jagung manis dan keledek ni. Katanya adik yang di Johor yang bagi. Kebetulan semalam pula ada Majlis Perkahwinan di rumah bapa saudara di Sikamat. Maka tak sempatlah nak buat apa2. Balik semalam dah penat pulak. Pagi tadi search kat Google, terjumpalah resepi Kek Jagung ni. Barang-barang semua ada. Kesudahannya jadilah kek ni. Resepi asal dari Chef Zaidah dan sumbangan dari norlieU8@myresepi.com. Seronok sangat tengok si Haikal makan bertambah-tambah. Maknanya kena lah dengan selera dia tu. Tq norlieU8 danTerima kasih jugak pada makcik si Haikal. Lain kali bila balik Senawang bawaklah buah tangan lagi. Moga-moga murah rezeki si kembar. Amin. Lepas ni kena fikir pulak nak buat apa dengan baki jagung dan keledek ni.


 Mari tengok resepinya

Kek Mentega Jagung - 

Resipi asal: Chef Zaidah

Sumber: norlieU8@myresepi.com


Bahan-bahan

  • 180g mentega
  • 165g gula halus
  • 4 telur A
  • 225g tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum)
  • 1/2st baking powder (saya letak 2 camt)
  • 1 camt garam halus (ni saya tambah sebab takde SRF)
  • 225g jagung cream (tin) (saya guna jagung manis yang diparut)
  • 1 camt esen vanilla

Cara-cara

  1. Pukuk mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi hingga gebu.
  2. Masukkan tepung berselang-seli dengan jagung. Gaul sebati dan masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan dalanm acuan yang telah disapu mentega. Bakar selama 40-45 min pada suhu 170C atau hingga masak.

Wednesday, March 30, 2011

BEG SEJADAH

Agak lama jugak tak bercerita tentang projek Beg Sejadah. Hari ni buka cerita balik, sebabnya semalam dapat sms dari Yus dari Kg. Baru katanya dia berminat untuk membeli Beg Sejadah yang saya buat tu. Memula tu katanya macam nak buat tempahan. Tapi memandangkan saya terpaksa mengambil sedikit masa untuk menyiapkan tambahan pula minggu ni ada kenduri kat rumah Pakcik saya, jadi tak dapatlah nak siapkan cepat. Kebetulan saya ada lagi 4 stok ready made. So Yus pun pilih 3 daripadanya dan minta saya tolong hantarkan pada kawannya, K. Norma yang tinggal di Seremban. Semalam saya dan suami pun hantar lah pada K. Norma tu. Kesian jugak kat dia sebab baru sampai rumah terpaksa pulak keluar balik tunggu saya kat tempat yang dijanjikan. Lagipun kami tak biasa kat area rumah k. Norma tu takut tersesat pulak. Terima kasih pada Yus yang sudi membeli hasil kerjatangan saya dan tak lupa juga pada K. Norma dan husband yang sudi menunggu saya. Harap-harap Yus berpuas hati. Kalau nak buat tempahan lagi, boleh lah hubungi akak lagi.

Ini beg-beg yang telah dibeli oleh Yus. Tq Yus



BAJU PAHANG MAK

Dah lama jugak dah blog ni tak berupdate. Walaupun begitu ada juga rakan-rakan yang sudi menjengah rumah saya yang tak berapa berseri ni. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana masih sudi menyinggah. Kunjungan ke rumah rakan2 blog pun agak slow ikut mood yang tak berapa menentu semenjak dua menjak ni. Nak mengupdate blog pun malas sekali. Ni pun saja nak share projek yang berjaya saya siapkan pada cuti minggu yang lepas. Tahniah untuk diri sendiri kerana akhirnya berjaya jugak menyiapkan Baju Kurung Pahang buat ibunda tercinta. Kainnya adik yang beli. Saya cuma tolong jahitkan aje. Baru nak belajar-belajar buat Kurung Pahang ni. Tq Mak Teh kerana sudi menurunkan ilmu kepada saya. Lepas ni nak belajar buat Baju Melayu pulak. Mudah-mudahan berhasil............

 Baju Dah Memang Bersulam

Kain Lipat Depan

Monday, March 7, 2011

BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS


BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS


Resepi asal: mrsdayat@myresipi.com

Bahan-bahan ( loyang 4segi 10" )

*500g campuran brownies kukus (premix) } Saya cuma gunakan
*4 biji telur gred B                                } resepi kek kukus
*75ml minyak masak                             } yang pernah saya
*200ml air                                           } buat sebelum ni.
*5g baking powder                                } Resepi di sini.
*5g soda bikarbonat                              }


Inti Cream Cheese
250g cream cheese
60g gula castor
1 biji telur gred A
25ml air


Campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer. Pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit


Untuk Inti
  1. Campur semua bahan bagi inti, kecuali telur. Pukul sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi supaya rata adunan. 
Cara Lapis
  1. Masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak. Kukus selama 15 minit.
  2. Masukkan pula inti dan kukus selama 15 minit lagi.
  3. Masukkan baki brownies kukus dan kukus selama 20 minit.
  4. Balut tutup kukus ngan kain @ tutup loyang dengan aluminium foil. Lepas tu kukus dgn api besar hingga masak.


# Lapisan saya tak cantik akibat kegelojohan saya semasa melapis. Tapi rasa nya tetap mengancam.

Friday, March 4, 2011

PUDING KARAMEL

Buat puding ni untuk Majlis Bacaan Yassin di Pejabat. Ambil resepi dari rumah feqah. Dah banyak kali dah buat puding ni. Cuma kali ni baru berpeluang nak berkongsi kat sini. Kali ni saya tambahkan dengan fruit cocktail untuk memeriahkan lagi suasana. Terima kasih feqah atas resepi yang sedap ni.

resepi asal: feqah

Bahan-bahan :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad

Cara Membuatnya :1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.

Nota:
1)   Setengah lagi gula hangus saya masukkan semasa menghidang.
2)   Saya buangkan tali pusat telur untuk menghilangkan bau hanyir.

Tuesday, February 22, 2011

PENGAT LABU

Dah lama jugak rasanya rumah ni tak dikemaskini. Tak tau kenapa sejak kebelakangan ni malas sangat nak update blog. Aktiviti menjahit slow je buat masa ni. Lagipun tidak di gesa oleh sesape. Saja2 nak menghabiskan sisa-sisa stok kain. Takde sape2 tempah pun oleh kerana saya memang tak menerima tempahan baju. Jahit baju sendiri boleh le. Nak buat basahan gi keje. Tapi kalau tempahan beg sejadah tu kira ok je. Tapi entri kali ni bukan cerita pasal projek jahitan tu. Ni tentang menu yang sempat saya sediakan petang tadi. Sebenarnya dah lama teringin nak makan pengat ni. Asalnya aritu terpandang adik kecik ku makan pengat keledek oren. Oleh kerana warnanya yang seakan-akan pengat labu, maka terbayanglah kat mata ni betapa enaknya jika dapat menikmati semangkuk pengat labu di ketika itu. Tapi sayangnya takde pulak labunya kat kedai. Sabar jelah. Petang tadi waktu singgah kedai, tiba-tiba mata ni ternampak pulak ada labu yang yang sedang elok nak dibuat pengat. Terus meleleh balik air liur ni. Capai la sepotong yang ada 2 lekuk tu. Mak ai sodap eh. Tapi sayang seribu kali sayang, saya sorang je yang beriya-iya makan. Anak-anak dan ayahnya sekadar makan ala kadar je. Nape yek diorang tak suka labu? Ni yang den maleh nak buek slalu ni. Sabo je lah. Tapi walau camno pun janji tekak puas.


Resepi takde la saya letak sebab masak macam biasa je. Jemputlah ye!

Sunday, February 6, 2011

KEK COKLAT KUKUS AIN

Terjumpa resepi ni dari Teratak Chetam lama dulu. Cuma baru-baru ni je tergerak hati nak mencuba. Dek kerana tekak teringin nak makan kek coklat, tapi bahan2 yang ada kat rumah macam tak lengkap aje. Cari punya cari kat folder resepi saya terjumpalah resepi ni. Bahan-bahannya sempoi je. Biasalah saya ni nak yang sempoi aje. Tapi rasanya mabeles jugaklah. Termasuk ni dah 3 kali saya buat kek ni. Yang memula dulu dengan yang ni saya kukus. Tapi yang kali kedua tu saya cuba bakar. Hasilnya nampak tak berapa naik. Rasanya lebih sesuai dikukus. Kek ni memang lembab sesuai je dengan tekak orang2 kat rumah ni. Suami saya terkecuali la sebab dia memang tak gemar makan kek. Resepinya ada saya sertakan di bawah ni. Terima kasih bebanyak pada Nooraini si penyumbang resepi. Minta izin kongsikan di sini ye!


Sumber: NUNZAI aka Nooraini (ResepiNet)

Bahan-bahan:

3 biji telur
2 cawan gula castor (saya blender 1 1/2 cawan gula pasir biasa)
2 cawan tepung gandum (*)
3/4 cawan serbuk koko (*)
2 sudu teh soda bikarbonat (saya guna 1 sudu teh) (*)
1/2 sudu teh baking powder (saya guna 1 1/2 sudu teh) (*)
1 cawan susu cair
1 cawan minyak mazola (saya guna minyak masak)
1 cawan air panas mendidih
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla

  1. Ayak bahan yang bertanda (*)
  2. Pukul telur dan gula hingga sebati. Boleh guna mixer atau dengan sudip sahaja. (saya guna mixer)
  3. Masukkan bahan yang telah di ayak tadi. Gaul sebati.
  4. Masukkan susu cair, diikuti minyak. Biar sebati.
  5. Masukkan air panas, garam dan esen vanilla.
  6. Masukkan dalam acuan yang telah disapu majerin.
  7. Kukus selama 1 - 1 1/2 jam atau hingga masak



Monday, January 24, 2011

PIZZA

 
Sebelum Masak

 Dah masak

Buat pizza ni semalam. Topping dia ikut stok yng ada kat rumah je. Resepi dari k fida@myresipi. Kali ni saya tak ikut 100% resepi sebab ikut stok tepung yang ada. Saya campurkan tepung roti, tepung superfine dan tepung gandum. Tapi kuantiti tak ingat sebab main timbang je. Resepi asal kat bawah ni. Alhamdulilah menjadi dan anak2 pun suka.

ROTI - DOH ASAS
Sumber: K.Fida@myresipi


 Bahan-bahan:
  • 600 g tepung roti ( 5 cawan rata) {saya campur 3 jenis tepung}
  • 120 g gula halus (1/2 cawan rata) {saya letak 50gm je}
  • 1 sk rata garam
  • 2 sb susu tepung (opt) {saya tak letak}
  • 5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
  • 1 biji telur
  • 250 ml air
  • 60 g mentega - lembut (2 sb penuh) - {saya guna majerin sebab takde mentega}

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
  2. Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
  3. Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll.
  4. Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan isi inti potongan choc. atau kismis dll...dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
  5. Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
  6. Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.
  7. Siap untuk dihidangkan, utk sarapan atau minum petang.

 
Untuk Topping saya letak sosej ayam. Goreng sekejap. Bila sejuk tabur atas pizza yang dah naik.. Paipkan sos cili dan mayonis. Bakar hingga masak.

Friday, January 21, 2011

APAM BERAS


Masak apam ni malam tadi. Ingat nak buat sarapan pagi ni. Tapi dah selamat malam tadi jugak. Buat pun 1/2 adunan je. Saja nak cuba-cuba. Alhamdulilah menjadi apam ni dengan jayanya. Terima kasih kepada cha@myresipi penyumbang resepi ni.


Apam Beras
resepi asal: cha@myresipi


Bahan-bahan:

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula
2 1/2 cwn air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam - tak letak sebab takde

Cara-cara:
  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

NASI GORENG KAMPUNG

Buat untuk sarapan pagi. Anak-anak saya suka ni. Terajin pulak nak letak resepinya. Tapi macam biasalah, resepi biasa2 je.


Nasi Goreng Kampung
Sumber: sendiri

Bahan-bahan:
1 mangkuk sedang nasi
segenggam ikan bilis - bersihkan
5-10 ulas cilipadi - kurangkan jika tak suka pedas
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 batang kacang panjang - patahkan pendek-pendek
1 sudu makan kicap masin
1 biji telur
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat:
  • Goreng garing sebahagian ikan bilis. Ketepikan.
  • Tumbuk cilipadi, ikan bilis, bawang kecil dan bawang putih.
  • Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
  • Masak hingga kekuningan. Masukkan telur dan kacau hingga hancur.
  • Masukkan kacang panjang.
  • Masukkan nasi. Kacau rata. Bubuh kicap dan perasakan garamnya.
  • Hidangkan dengan ikan bilis goreng.

Monday, January 10, 2011

BUN LEMBUT OSAKA LAGI

Kaya dah ada ni, roti pulak dah habis. Buat lagi roti Bun Lembut Osaka si Ros ni. Kali ni hasilnya lebih sedap dan lembut lagi. Ini komen dari pelanggan-pelanggan saya yang kat rumah ni la. Resepi ada kat sini. Jom jamu selera.


Sunday, January 9, 2011

KAYA PANDAN

Memandangkan sejak kebelakangan ni gemar sangat buat roti, teringin pulak nak makan roti cicah kaya. Rayau punya rayau terjumpa resepi ni kat rumah ros jintanmanis.Kebetulan bahan-bahan kat rumah pun semua ada kecuali tepung kastad. Saya gantikan tepung kastad dengan tepung jagung. 





Kaya Pandan
Sumber: ros@jintanmanis

Bahan-bahanya
350ml santan pekat ( ros guna santan dalam tin ayam brand) - saya guna santan biasa je
3/4 cawan gula
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( boleh ganti dengan tepung gandum) - saya guna tepung jagung sebab tiada
3 biji kuning telur ( ros guna saiz telur saiz M)
1 helai daun pandan di simpul
beberapa titik esen pandan ( nak guna pandan emulco pun boleh) - saya tak letak
beberapa titik pewarna hijau

Cara-caranya
1. Campurkan santan, kuning telur, gula, esen pandan dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisker.
2. Kemudian ambil tepung kastard dan bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tepung kastard di dalam bekas berisi adunan santan tadi, kacau lagi, kemudian tapis adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan yang disimpul.
3. Masak dengan api perlahan, dan perlu di ingat, perlu kacau selalu jangan ditinggalkan, kacau sehingga kaya pandan menjadi pekat dan berkilat, masa mengacau lebih kurang 20-25 minit, setelah pekat, angkat dan sejukkan, barulah boleh di simpan di dalam bekas kaca dan di letakkan di dalam peti ais.  Selamat Mencuba.

Tekstur kaya yang saya buat tidak licin dan kelihatan sedikit berminyak. Mungkin saya tidak menggunakan tepung jagung seperti mana resepi asal. Menurut ros, empunya resepi kalau kita guna tepung jagung teksturnya akan nampak halus dan licin. Berminyak pula mungkin sebab saya guna santan kelapa biasa. Walaubagaimanapun kaya ni memang sedap. Lemak-lemak manis rasanya. Terima kasih ros kerana sudi berkongsi resepi.