Bunga Berguguran

Sunday, February 6, 2011

KEK COKLAT KUKUS AIN

Terjumpa resepi ni dari Teratak Chetam lama dulu. Cuma baru-baru ni je tergerak hati nak mencuba. Dek kerana tekak teringin nak makan kek coklat, tapi bahan2 yang ada kat rumah macam tak lengkap aje. Cari punya cari kat folder resepi saya terjumpalah resepi ni. Bahan-bahannya sempoi je. Biasalah saya ni nak yang sempoi aje. Tapi rasanya mabeles jugaklah. Termasuk ni dah 3 kali saya buat kek ni. Yang memula dulu dengan yang ni saya kukus. Tapi yang kali kedua tu saya cuba bakar. Hasilnya nampak tak berapa naik. Rasanya lebih sesuai dikukus. Kek ni memang lembab sesuai je dengan tekak orang2 kat rumah ni. Suami saya terkecuali la sebab dia memang tak gemar makan kek. Resepinya ada saya sertakan di bawah ni. Terima kasih bebanyak pada Nooraini si penyumbang resepi. Minta izin kongsikan di sini ye!


Sumber: NUNZAI aka Nooraini (ResepiNet)

Bahan-bahan:

3 biji telur
2 cawan gula castor (saya blender 1 1/2 cawan gula pasir biasa)
2 cawan tepung gandum (*)
3/4 cawan serbuk koko (*)
2 sudu teh soda bikarbonat (saya guna 1 sudu teh) (*)
1/2 sudu teh baking powder (saya guna 1 1/2 sudu teh) (*)
1 cawan susu cair
1 cawan minyak mazola (saya guna minyak masak)
1 cawan air panas mendidih
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla

  1. Ayak bahan yang bertanda (*)
  2. Pukul telur dan gula hingga sebati. Boleh guna mixer atau dengan sudip sahaja. (saya guna mixer)
  3. Masukkan bahan yang telah di ayak tadi. Gaul sebati.
  4. Masukkan susu cair, diikuti minyak. Biar sebati.
  5. Masukkan air panas, garam dan esen vanilla.
  6. Masukkan dalam acuan yang telah disapu majerin.
  7. Kukus selama 1 - 1 1/2 jam atau hingga masak



No comments: