Bunga Berguguran

Sunday, January 9, 2011

KAYA PANDAN

Memandangkan sejak kebelakangan ni gemar sangat buat roti, teringin pulak nak makan roti cicah kaya. Rayau punya rayau terjumpa resepi ni kat rumah ros jintanmanis.Kebetulan bahan-bahan kat rumah pun semua ada kecuali tepung kastad. Saya gantikan tepung kastad dengan tepung jagung. 





Kaya Pandan
Sumber: ros@jintanmanis

Bahan-bahanya
350ml santan pekat ( ros guna santan dalam tin ayam brand) - saya guna santan biasa je
3/4 cawan gula
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( boleh ganti dengan tepung gandum) - saya guna tepung jagung sebab tiada
3 biji kuning telur ( ros guna saiz telur saiz M)
1 helai daun pandan di simpul
beberapa titik esen pandan ( nak guna pandan emulco pun boleh) - saya tak letak
beberapa titik pewarna hijau

Cara-caranya
1. Campurkan santan, kuning telur, gula, esen pandan dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisker.
2. Kemudian ambil tepung kastard dan bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tepung kastard di dalam bekas berisi adunan santan tadi, kacau lagi, kemudian tapis adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan yang disimpul.
3. Masak dengan api perlahan, dan perlu di ingat, perlu kacau selalu jangan ditinggalkan, kacau sehingga kaya pandan menjadi pekat dan berkilat, masa mengacau lebih kurang 20-25 minit, setelah pekat, angkat dan sejukkan, barulah boleh di simpan di dalam bekas kaca dan di letakkan di dalam peti ais.  Selamat Mencuba.

Tekstur kaya yang saya buat tidak licin dan kelihatan sedikit berminyak. Mungkin saya tidak menggunakan tepung jagung seperti mana resepi asal. Menurut ros, empunya resepi kalau kita guna tepung jagung teksturnya akan nampak halus dan licin. Berminyak pula mungkin sebab saya guna santan kelapa biasa. Walaubagaimanapun kaya ni memang sedap. Lemak-lemak manis rasanya. Terima kasih ros kerana sudi berkongsi resepi.

2 comments:

Nuridah said...

Salam,

seronok kan kalau buat sendir serikaya...dah tu menjadi pulak...nur suker sapu lebih2 kat roti...hmmm sodap eh.

asmar said...

Wlkmslm Nur,
Betul kata nur tu. Selain terjamin kebersihannya tiada pula bahan pengawet.