Tergoda dengan Char Kuey Teow Goreng kat rumah nurindah, sewaktu singgah kedai semalam capai lah sebungkus kuey teow ni. Tapi namakan kuey teow goreng je sebab rencah yang ada cuma ayam dan kucai je. Dapat lah tadi buat bekalan anak2 ke sekolah. Emaknya pun tapau sekali. Saya memang lebih suka membawa bekalan daripada membeli di kafeteria. Anak2 pun begitu. Kadang2 bila dah dihidangkan dengan menu yang sama setiap hari jemu jugak. Lebih baik bawa je makanan dari rumah. Insyaallah kebersihan pun terjamin.
Bahan.bahan:
500gm Kuey Teow
3 Sudu Makan Cili Kisar
5 Ulas Bawang Putih - Diketuk
4 Ketul Ayam - Potong Kecil dan bersihkan
1/2 Biji Tomato - Dihiris
Secekak Daun Kucai - Bersihkan dan Potong- potong
2 Biji Telur - Kacau Dengan Garfu
2 Sudu Besar Kicap Pekat
3 Sudu Besar Kicap Masin
Garam Secukup Rasa
Sedikit Minyak Untuk Menggoreng
Cara Membuat:
- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih. Goreng hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar. Bila pecah minyak masukkan ayam dan tomato.
- Bila ayam hampir empuk, masukkan kicap pekat dan kicap masin.
- Masukkan telur dan kacau sebentar. Masukkan kuey teow dan daun kucai. Jika terlalu kering masukkan sedikit air.
- Perasakan garamnya. Siap untuk dihidang.
2 comments:
salam asmar..sebenarnya Cm tersalah baca nama asmar jadi Asmara.Cantik nama ni:)cm masuk dapur asmar melalui dapur Nurindah.Selamat berkenalan:)
salam cik manggis.
terima kasih kerana sudi singgah ke rumah saya yang serba kekurangan ni. nama asmar ni hasil dari gabungan nama saya dan ayah. nama sebenar saya asni. tq
Post a Comment