Bunga Berguguran

Monday, March 7, 2011

BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS


BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS


Resepi asal: mrsdayat@myresipi.com

Bahan-bahan ( loyang 4segi 10" )

*500g campuran brownies kukus (premix) } Saya cuma gunakan
*4 biji telur gred B                                } resepi kek kukus
*75ml minyak masak                             } yang pernah saya
*200ml air                                           } buat sebelum ni.
*5g baking powder                                } Resepi di sini.
*5g soda bikarbonat                              }


Inti Cream Cheese
250g cream cheese
60g gula castor
1 biji telur gred A
25ml air


Campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer. Pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit


Untuk Inti
  1. Campur semua bahan bagi inti, kecuali telur. Pukul sampai kembang
  2. Masukkan telur dan pukul lagi supaya rata adunan. 
Cara Lapis
  1. Masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak. Kukus selama 15 minit.
  2. Masukkan pula inti dan kukus selama 15 minit lagi.
  3. Masukkan baki brownies kukus dan kukus selama 20 minit.
  4. Balut tutup kukus ngan kain @ tutup loyang dengan aluminium foil. Lepas tu kukus dgn api besar hingga masak.


# Lapisan saya tak cantik akibat kegelojohan saya semasa melapis. Tapi rasa nya tetap mengancam.

2 comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum Asmar

tengok brownies cheese ni dah mcm terasa kat tekak nak merasanya...hehe...sedap tu.

asmar said...

Wkslm Nur. Mmg sedap brownies ni. Tapi rupa dia tak cantik sangat sebab mgkin masa melapis cheese tu saya tak berhati2. Main tuang aje. Nak cepat la katakan. he..he..