Bunga Berguguran

Sunday, December 19, 2010

ROTI CANAI SEGERA

Pagi tadi saya sempat memasak roti canai segera. Adunannya telah saya uli malam tadi. Pagi baru saya tebarkan. Resepi dari Joayee@myresipi.com. Dah banyak kali jugak la saya menggunakan resepi ni. Mudah kerana semua ada sukatannya. Utk sesiapa yang baru nak mencuba membuat roti canai sendiri, saya memang mencadangkan resepi ni. Kali ni saya buat 4 adunan. Utk makan sendiri cuma dalam 1 adunan aje. Yang selebihnya telah saya berikan pada adik yang akan berpindah ke Kluang, Johor mengikut suaminya minggu depan. Saya buat pun atas permintaan mak. Katanya nanti senang penat2 pindah, kalau lapar goreng je roti ni. Saya pun memang selalu buat lebih dan simpan dalam peti ais. Mudah anak2 masak sendiri bila diperlukan. Cubalah! pasti puas hati dengan hasilnya.

Bahan-bahan:
(anggaran 12-16 biji bergantung pada saiz)

550gm Tepung Gandum (saya guna tepung gandum cap kunci)
250gm air (saya guna air peti ais)
1 biji Telur
3 Sudu Besar Susu Pekat Manis
1 Sudu Teh Garam Halus
1 Sudu Teh Butter (saya guna majerin)

Cara-cara:

1.     Sebatikan air, garam, susu pekat, telur dan mentega
2.     Masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung
3.     Kacau hingga sebati. Uli selama 10 minit. Saya uli guna mixer.
4.     Rehatkan doh selama 10 minit.
5.     Ulangi no.4 & no.5 sebanyak 3 kali. Pada pendapat saya kalau uli guna mixer tak perlu sampai 10 minit. Nanti dia jadi keras sebab terover uli.
6.     Buat bulat-bulat seperti dalam gambar (i). Sapukan majerin pada setiap biji dan perap selama 3 jam. Saya perap semalaman.
7.     Selepas diperap. Leperkan sedikit bebola seperti di gambar (ii) dan biarkan lebih kurang 10 min.
8.     Sapukan sedikit minyak pada dulang besar dan tepekkan bebola yang telah dileperkan tadi seperti di gambar (iii)
9.     Tarik perlahan-lahan hingga adunan menutupi permukaan dulang seperti di gambar (iv). Renjiskan sedikit minyak masak.
10.   Lipat empat atau mengikut pilihan.
11.   Goreng di atas kuali yang telah dipercikkan sedikit minyak- gambar (v). Goreng hingga roti canai kering di kedua-dua bahagian seperti di gambar (vi)
12.   Sejukkan sebelum packing dan disimpan di dalam peti ais.
(i)
(ii)

(iii)


(iv)

(v)

(vi)

*Nota: Kalau buat roti canai segera hanya sekali je renjis minyak pada kuali iaitu pada gorengan yang pertama. Untuk gorengan yang seterusnya tak perlu renjis minyak lagi sebab kita bukan nak garingkannya.


No comments: