Ni menu makan malam. Resepi simple je. Tak nak letak macam2 kerana sudahnya akan menjadi habuan Cik Tong. Anak2 tak berapa makan sangat sayur2 so buat plain ajelah. Hatta bawang pun kena hiris halus2. Kalau tak saya n suami je la yang makan bawang2 tu.
Bahan-bahan:
Bahan Utk Blender
15 tangkai cili kering - potong, buang biji dan rendam sekejap
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 ekor ikan Kerapu (sederhana besar) - Buang sisik dan isi perut dan bersihkan
sedikit tepung jagung
1 biji tomato -belah 6
2 ulas bawang putih - diketuk
1 labu wang besar - hiris halus
1 biji cili merah - potong memanjang
4 sudu besar sos cili
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan tepung jagung. Goreng terendam hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Panaskan sekit minyak di dalam kuali dan masukkan bawan putih ketuk dan masak hingga kekunigan. Masukkan bahan blender dan hiriskan tomato didalamnya. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan bawang besar hiris dan cili merah. Biar layu. Selepas itu masukkan sos cili dan sedikit air asam jawa. Perasakan garam dan gulanya.
4. Bubuh sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
5. Bila kuah dah pekat angkat dan curahka ke atas ikan. Hidangkan
No comments:
Post a Comment