Petang tadi masak Mee Kari je untuk makan malam. Resepi mee kari biasa-biasa je. Tapi puas hati bila tengok anak-anak berselera menikmatinya.
Bahan-bahan:
(A)
15 tangkai cili kering - potong dan buang biji. Rendam sebentar
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
Sebiji kelapa parut
6 cawan air
1 peket rempah kari
Setangkai daun kari
1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
1/2 kg kerang - rebus sebentar dan kopek isi
2 batang Fishcake - hiris
1 asam keping
Sedikit minyak untuk menumis
1 kg mee kuning }
Sawi 1 ikat } Dicelur sebentar
Cara-cara:
1. Blender bahan2 A. Ketepikan
2. Masukkan kelapa parut dan sebahagian air ke dalam blender. Blender lebih kurang 5 minit. Perah airnya dan campurkan lebihan air tadi dan ketepikan
3. Panaskan minyak di dalam periuk. Campurkan rempah kari, daun kari dan bahan yang telah diblender tadi. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan masak sehingga kering airnya. Kemudian masukkan fishcake dan tumis sebentar
5. Masukkan santan dan kacau hingga mendidih. Masukkan asam keping perasakan garamnya. Angkat dan hidangkan bersama dengan mee kuning yang telah dicelur tadi.
No comments:
Post a Comment