Sumber: Allrecipe
Bahan-bahan
- 1 1/2 cawan mentega (saya letak 250gm)
- 8 aun cream cheese (saya letak 230gm)
- 3 cawan gula aising (saya blenderkan 2 1/4 cawan gula pasir)
- 6 biji telur
- 3 cawan tepung kek (saya guna tepung superfine)
- 1 camt esen vanilla (saya letak 2 camt)
- 1 camt esen badam (saya tak letak)
- 2 camt baking powder (ini saya tambah)
Cara Membuat:
- Panaskan oven 160 C. Griskan dan tabur tepung tube pan saiz 10 inci (saya guna acuan bingka je)
- Di dalam mangkuk pukul mentega,gula dan cream cheese hingga putih dan gebu. Masukkan kedua2 jenis esen. Pukul sebati
- Perlahan-lahan masukkan tepung berselang seli dengan telur. Dimulai dengan tepung dan diakhiri juga dengan tepung. Untuk proses ni saya guna speed perlahan je
- Masukkan dalam acuan dan bakar selama 1 1/4 jam atau hingga masak
Nota:
1) Suhu membakar bergantung kepada kesesuaian oven masing-masing
2) Pada permulaan membakar saya tutup permukaan kek dengan aluminium foil. Lepas 1 jam baru saya buka dan bakar seperti biasa.
3.) Kek ni memang lembut dan gebu. Lain kali saya nak cuba letak esen lemon pulak. Mesti lagi sedap.
No comments:
Post a Comment