Bunga Berguguran

Saturday, December 18, 2010

Masakan Pulaklah

Memandangkan n3 beg sejadah je yang selalu mendapat tempat maka arini buat julung kalinya saya nak masukkan n3 masakan pulak. Menu makan ntengahari tadi. Ala biasa2 je. Jom tengok2lah menu saya yang tak seberapa ni. Sambal Sotong dan Gulai Cendawan Tiram.

SAMBAL SOTONG



Bahan-bahan:

500gm Sotong - Bersihkan dan potong bulat. Cuci & toskan airnya
10 Tangkai Cili Kering}
1 Labu Bawang Besar} Blender
1 Ulas Bawang Putih}
2 Labu Bawang Besar - Belah 4 dan hiris
Sedikit Asam Jawa - Bancuh dengan sedikit air
Garam Secukup Rasa
1/2 Cawan Minyak Masak

Cara:

1.    Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan blender. Tumis hingga pecah minyak.
2.    Masukkan sotong. kacau sebentar dan masukkan bawang hiris tadi.
3.    Perasakan. Bila airnya hampir kering bolehlah diangkat.






No comments: