Bunga Berguguran

Saturday, December 18, 2010

CENDAWAN TIRAM MASAK LEMAK CILIPADI

Ni resepi yang telah terlepas pandang pada n3 yang lepas. Tak lain tak bukan Gulai Cendawan Tiram. Selain tu ada 1 lagi menu yg saya buat. Goreng ikan je. Rasanya tak payah la masukkan kat sini. Sb yang itu budak kecik pun tau buat kan. Meh tengok resepi sempoi saya.

Cendawan Tiram Masak Lemak Cilipadi



Bahan-bahan:

300gm Cendawan Tiram - Bersihkan dan disiat2
1 biji Kelapa Parut - Jadikan 3 cawan santan
Segenggam Ikan Bilis - Bersihkan *
10 Tangkai Cili Padi *
1 inci Kunyit Hidup *
1 biji Bawang Merah *
2 Batang Serai *
1 Asam Keping
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1.      Blender bahan yang bertanda * dengan sedikit santan. Masukkan ke dalam periuk bersama dengan santan yang selebihnya. Masak dengan api yang sederhana.
2.     Bila Gulai dah menggelegak masukkan cendawan dan serai. Kacau sebentar.
3.     Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam.
4.    Angkat dan hidangkan.

No comments: