Ni resepi yang telah terlepas pandang pada n3 yang lepas. Tak lain tak bukan Gulai Cendawan Tiram. Selain tu ada 1 lagi menu yg saya buat. Goreng ikan je. Rasanya tak payah la masukkan kat sini. Sb yang itu budak kecik pun tau buat kan. Meh tengok resepi sempoi saya.
Cendawan Tiram Masak Lemak Cilipadi
Bahan-bahan:
300gm Cendawan Tiram - Bersihkan dan disiat2
1 biji Kelapa Parut - Jadikan 3 cawan santan
Segenggam Ikan Bilis - Bersihkan *
10 Tangkai Cili Padi *
1 inci Kunyit Hidup *
1 biji Bawang Merah *
2 Batang Serai *
1 Asam Keping
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Blender bahan yang bertanda * dengan sedikit santan. Masukkan ke dalam periuk bersama dengan santan yang selebihnya. Masak dengan api yang sederhana.
2. Bila Gulai dah menggelegak masukkan cendawan dan serai. Kacau sebentar.
3. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam.
4. Angkat dan hidangkan.
Bunga Berguguran
Saturday, December 18, 2010
Masakan Pulaklah
Memandangkan n3 beg sejadah je yang selalu mendapat tempat maka arini buat julung kalinya saya nak masukkan n3 masakan pulak. Menu makan ntengahari tadi. Ala biasa2 je. Jom tengok2lah menu saya yang tak seberapa ni. Sambal Sotong dan Gulai Cendawan Tiram.
SAMBAL SOTONG
SAMBAL SOTONG
Bahan-bahan:
500gm Sotong - Bersihkan dan potong bulat. Cuci & toskan airnya
10 Tangkai Cili Kering}
1 Labu Bawang Besar} Blender
1 Ulas Bawang Putih}
2 Labu Bawang Besar - Belah 4 dan hiris
Sedikit Asam Jawa - Bancuh dengan sedikit air
Garam Secukup Rasa
1/2 Cawan Minyak Masak
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan blender. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan sotong. kacau sebentar dan masukkan bawang hiris tadi.
3. Perasakan. Bila airnya hampir kering bolehlah diangkat.
Friday, December 3, 2010
Harga Beg Sejadah
Kepada pembaca sekelian saya memohon maaf kerana terlepas pandang meletakkan harga beg sejadah ni. Harga biasa RM65 (Jika diambil sendiri). Pengambilan boleh dibuat sekitar Seremban dan Senawang. Tempahan boleh dibuat melalui emel saya hahizu@yahoo.com atau hahizuimal@gmail.com atau telefon saya 012-6786463. Tq
Subscribe to:
Posts (Atom)