Bunga Berguguran

Sunday, January 9, 2011

BUN LEMBUT OSAKA

Buat roti ni untuk minum petang semalam. kebetulan ada chocolate rice, saya pun letaklah kat atasnya. Lepas masak kejap je licin dimakan panas2 oleh anak2. Ambil resepi ni dari rumah ros jintanmanis. First time saya buat roti dengan menggunakan 'water roux'. Lembut dan gebu roti ni. Bahan2 pun mudah. Terima kasih ros atas resepi yang sedap ni. minta izin ros untuk cnp resepi ni kongsikan di sini ye!

 
Bun Lembut Osaka

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
300gram tepung roti
80gram tepung gandum
2sudu besar water roux
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
160 ml air suam
* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu
resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.

Friday, January 7, 2011

KUEY TEOW GORENG


Tergoda dengan Char Kuey Teow Goreng kat rumah nurindah, sewaktu singgah kedai semalam capai lah sebungkus kuey teow ni. Tapi namakan kuey teow goreng je sebab rencah yang ada cuma ayam dan kucai je. Dapat lah tadi buat bekalan anak2 ke sekolah. Emaknya pun tapau sekali. Saya memang lebih suka membawa bekalan daripada membeli di kafeteria. Anak2 pun begitu. Kadang2 bila dah dihidangkan dengan menu yang sama setiap hari jemu jugak. Lebih baik bawa je makanan dari rumah. Insyaallah kebersihan pun terjamin. 

Bahan.bahan:

500gm Kuey Teow
3 Sudu Makan Cili Kisar
5 Ulas Bawang Putih - Diketuk
4 Ketul Ayam - Potong Kecil dan bersihkan
1/2 Biji Tomato - Dihiris
Secekak Daun Kucai - Bersihkan dan Potong- potong
2 Biji Telur - Kacau Dengan Garfu
2 Sudu Besar Kicap Pekat
3 Sudu Besar Kicap Masin
Garam Secukup Rasa
Sedikit Minyak Untuk Menggoreng


Cara Membuat:
  • Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih. Goreng hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar. Bila pecah minyak masukkan ayam dan tomato.
  • Bila ayam hampir empuk, masukkan kicap pekat dan kicap masin.
  • Masukkan telur dan kacau sebentar. Masukkan kuey teow dan daun kucai. Jika terlalu kering masukkan sedikit air.
  • Perasakan garamnya. Siap untuk dihidang.


Wednesday, January 5, 2011

MEE GORENG BASAH


Buat pagi tadi untuk bekalan umi dan anak2.





Letak siap2 dalam bekas masing2.