Bunga Berguguran

Tuesday, April 20, 2010

Beg Sejadah Lagi






































































































Cuti minggu yang lepas, saya telah berjaya menyiapkan 2 beg sejadah. Terlanjur semangat tengah berkobar ni apalagi saya pun pulunlah buat. Hajat hati nak buat sampel. Manalah tau kot ada kawan-kawan yang nak beli. Disamping melayan hobi dapat jugaklah saya menambah duit poket. Cadang nak jual around RM65 jek. Mahal ke..... Taklah kan. Yang saya buat ni sejadah baik punya. Tak tebal tak nipis sangat. Ngam-ngam je. Import dari Turki lagi. Cewah... Baik punya promoter. Meh la cuci cuci mata yek.












Thursday, April 15, 2010

Beg Sejadah Saya












Jeng...Jeng...Jeng. Inilah beg sejadah saya. Setelah berhempas-pulas maka jadilah beg ni. Cantikkan.

Wednesday, April 14, 2010

Beg Dari Sejadah. Boleh Isi Telekung Lagi.

Semalam saya berpeluang untuk menghadiri Bengkel Membuat Beg Dari Sejadah di Bengkel KEMAS Kg. Pondok Rasah. Cikgu yang mengajar Cikgu Anum (mak sedara) dan Kak Gee. Terima kasih pada cikgu-cikgu ni dan mereka2 yang terlibat kerana tak lokek nak mencurah ilmu. Yang paling penting ucapan terima kasih pada KEMAS kerana telah menganjurkan bengkel ini secara percuma kepada murid-muridnya. Enjoy sangat-sangat, tapi sayang terlupa nak bawa kamera. Tak dapatlah nak ambik gambar. Rasa-rasanya nak jugak buat bisnes dengan kraftangan ni. Tapi kena la buat kira-kira dulu modal dan tenaga. Nantilah gambar hasil kerjatangan pun belum sempat nak upload lagi. Tadi saja je la bawa datang beg sejadah tunjuk kat member di pejabat. Nampaknya dah ada yang berminat nak menempah. Nanti bila dah ambil gambar saya pamer gambar kat sini ye. Tunggu.......