Blueberry Vanilla Muffin
Assalamualaikum.....
Hari ni cuti umum sempena perayaan Krismas. Dapatlah berehat sikit hari tak kerja ni. Boleh la nak mengupdate blog ni seadanya.
Buat muffin ni semalam untuk sarapan anak-anak. Alhamdulilah sedap. Resepi asal saya ambil dari internet. Tapi oleh kerana dah banyak sangat bahan dan kuantiti yang saya tokok tambah maka di sini saya hanya masukkan resepi yang telah saya ubah suai tu je. Takut nanti dikata memandai-mandai pula kan. Ok jomlah layan resepi dan gambar yang tak seberapanya ini ye. Almaklumlah guna kamera handphone je....
Layan........
Bahan-bahan:
4 Cawan Tepung Kek
2 Camca Teh Baking Powder
1 Tin Susu Cair
3 Biji Telur Ayam
1 Camt Esen Vanilla
250 Mentega
Inti Blueberry Secukupnya
Mangkuk Kertas (Kalau jenis macam saya dlm 30)
1. Ayak Tepung dan Baking Powder. Ketepikan
2. Pukul Mentega dan Gula Hingga Kembang. Masukkan Telur Sebiji
Demi Sebiji Sambil dipukul Gebu.
3. Masukkan Esen Vanilla. Kacau Sebati.
4. Masukkan Adunan Tepung Berselang Seli Dengan Susu Cair.
Mulakan Dengan Tepung dan Diakhiri Dengan Tepung juga.
5. Panaskan Oven Mengikut Kesesuaian Oven Masing-masing.
Masukkan Sedikit Adunan Di Dalam Cawan Kertas.
Bubuh Inti Blueberry. Masukkan Lagi Adunan Hingga
Hampir Memenuhi Acuan.
6. Bakar Hingga Masak. Selamat Mencuba!
Assalamualaikum.....
Tat yang menjadi kesukaan anak-anak saya. Tapi rupa tak cantik sebab kurang kemahiran nak membentuk kulit tat. Yang ni saya gunakan cream cheese Tatura. Rasanya kurang mengancam berbanding yang menggunakan cream cheese Philadelphia. Walau apa pun licin........
TAT KEJU BLUEBERRY
sumber resepi: Kak Hanieliza
Bahan
125 gm butter
125 gm majerin
100 gm gula halus
1 biji telur B
500 gm tepung gandum
Filling
250 gm blueberry filling
Keju Kerim
250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul semua bahan dan masukkan dalam tat]
Cara
1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Pamkan adunan dalam acuan tat dan bakar dalam oven pasa suhu 170 selama 12 - 15 minit.
5. Kelaurkan tat dan masukkan blueberri filling dan keju kerim.
6. Bakar semula selama 5 minit lagi.
7. Angjkat tat dan sejukkan.
8. Hidangkan.
Assalamualaikum....
Saya buat dalam bekas yang kecil supaya senang anak-anak nak makan.
Pie Susu
sumber resepi: srt08@myresipi.com
Untuk kulitnya:
500gm Tepung Gandum
230gm Marjerin
80gm Gula Halus
2 Biji Telur
Untuk Isinya:
6 biji Telur
2 Tin Susu Cair/Sejat
1 1/2 - 2 Cawan Gula (saya guna 1 cawan je)
1 Cawan Air
1 tsp Esen Vanilla
Cara-cara
-
Untuk kulitnya, satukan semua bahan dan pukul hingga menjadi satu doh,
kemudian ambil suku doh tadi dan leperkan pada loyang pie, kemudian buat
di bahagian tepi pula, buat cantik2 hingga selesai, klu doh ada lebih ketepikan.
-
Untuk isinya pula, masukkan telur ke dalam mangkuk besar, pukul sebentar
dengan menggunakan pemukul telur, masukkan susu cair, diikuti gula, air dan esen vanilla, pukul lagi perlahan2 hingga gula larut dan sebati.
-
Tuangkan adunan isi tadi
kedalam loyang pie yg telah siap kulitnya, bakar pada suhu 170c selama
45minit atau hingga masak, goyang2 kan loyang dan nampak isi pie tu dah
tak cair tapi mcm puding kira dah masak lah tu, biarkan sebentar dlm
loyang, dah sejuk mudah nak keluarkan, boleh terus makan tapi kalau nak
sedap lagi sejukkan dalam peti ais dulu. Selamat mencuba ye!