Bunga Berguguran

Wednesday, December 25, 2013

VANILLA MUFFIN

Blueberry Vanilla Muffin

Assalamualaikum.....

Hari ni cuti umum sempena perayaan Krismas. Dapatlah berehat sikit hari tak kerja ni. Boleh la nak mengupdate blog ni seadanya.

Buat muffin ni semalam untuk sarapan anak-anak. Alhamdulilah sedap. Resepi asal saya ambil dari internet. Tapi oleh kerana dah banyak sangat bahan dan kuantiti yang saya tokok tambah maka di sini saya hanya masukkan resepi yang telah saya ubah suai tu je. Takut nanti dikata memandai-mandai pula kan. Ok jomlah layan resepi dan gambar yang tak seberapanya ini ye. Almaklumlah guna kamera handphone je....

Layan........




Bahan-bahan:

4 Cawan Tepung Kek
2 Camca Teh Baking Powder
1 Tin Susu Cair
3 Biji Telur Ayam
1 Camt Esen Vanilla
250 Mentega
Inti Blueberry Secukupnya
Mangkuk Kertas (Kalau jenis macam saya dlm 30)

1.     Ayak Tepung dan Baking Powder. Ketepikan

2.     Pukul Mentega dan Gula Hingga Kembang. Masukkan Telur Sebiji 
        Demi Sebiji Sambil dipukul Gebu.

3.     Masukkan Esen Vanilla. Kacau Sebati.

4.     Masukkan Adunan Tepung Berselang Seli Dengan Susu Cair. 
        Mulakan Dengan Tepung dan Diakhiri Dengan Tepung juga.

5.     Panaskan Oven Mengikut Kesesuaian Oven Masing-masing. 
        Masukkan Sedikit Adunan Di Dalam Cawan Kertas. 
        Bubuh Inti Blueberry. Masukkan Lagi Adunan Hingga 
        Hampir Memenuhi Acuan.



6.     Bakar Hingga Masak. Selamat Mencuba!

Sunday, December 22, 2013

TAT KEJU BLUEBERRY

Assalamualaikum.....

Tat yang menjadi kesukaan anak-anak saya. Tapi rupa tak cantik sebab kurang kemahiran nak membentuk kulit tat. Yang ni saya gunakan cream cheese Tatura. Rasanya kurang mengancam berbanding yang menggunakan cream cheese Philadelphia. Walau apa pun licin........

TAT KEJU BLUEBERRY
sumber resepi: Kak Hanieliza








Bahan

125 gm butter
125 gm majerin
100 gm gula halus
1 biji telur B
500 gm tepung gandum

Filling
250 gm blueberry filling

Keju Kerim
250 gm keju kerim
50 gm butter
50 gm gula halus
[Pukul semua bahan dan masukkan dalam tat]

Cara
1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan kacau rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Pamkan adunan dalam acuan tat dan bakar dalam oven pasa suhu 170 selama 12 - 15 minit.
5. Kelaurkan tat dan masukkan blueberri filling dan keju kerim.
6. Bakar semula selama 5 minit lagi.
7. Angjkat tat dan sejukkan.
8. Hidangkan.


 

PIE SUSU

Assalamualaikum....

Saya buat dalam bekas yang kecil supaya senang anak-anak nak makan.

Pie Susu
sumber resepi: srt08@myresipi.com









Untuk kulitnya:
500gm Tepung Gandum
230gm Marjerin
80gm Gula Halus
2 Biji Telur

Untuk Isinya:
6 biji Telur
2 Tin Susu Cair/Sejat
1 1/2 - 2 Cawan Gula (saya guna 1 cawan je)
1 Cawan Air
1 tsp Esen Vanilla

Cara-cara

  1. Untuk kulitnya, satukan semua bahan dan pukul hingga menjadi satu doh, kemudian ambil suku doh tadi dan leperkan pada loyang pie, kemudian buat di bahagian tepi pula, buat cantik2 hingga selesai, klu doh ada lebih ketepikan.
  2. Untuk isinya pula, masukkan telur ke dalam mangkuk besar, pukul sebentar dengan menggunakan pemukul telur, masukkan susu cair, diikuti gula, air dan esen vanilla, pukul lagi perlahan2 hingga gula larut dan sebati.
  3. Tuangkan adunan isi tadi kedalam loyang pie yg telah siap kulitnya, bakar pada suhu 170c selama 45minit atau hingga masak, goyang2 kan loyang dan nampak isi pie tu dah tak cair tapi mcm puding kira dah masak lah tu, biarkan sebentar dlm loyang, dah sejuk mudah nak keluarkan, boleh terus makan tapi kalau nak sedap lagi sejukkan dalam peti ais dulu. Selamat mencuba ye! 

Thursday, December 12, 2013

KEK RED VELVET MINI PACK

Red Velvet Mini Pack ...

Bisnes kecil2an.....










RM16/pack @ 350gm ++

Tempahan hanya untuk sekitar Seremban/Senawang sahaja


Wednesday, December 11, 2013

Bengkel Mencanting Batik

Baru-baru ni juga saya sempat menghadiri Bengkel Mencanting Batik di Bengkel Kemas, Kg. Pondok Rasah. First time pegi bengkel ni. Seronok rupanya walaupun saya sebenarnya bukan seorang yang kreatif bab-bab melukis ni. Tapi bila dah letak kaler tu kira okeylah. Ni gambar-gambar yang sempat saya ambil sekitar bengkel tu

 Ni lakaran yang telah dilukis dengan lilin. Nampak sangat tak kretip kan...

 Sebahagian dari peserta Bengkel

 Lilin yang kena sentiasa dalam keadaan cair semasa proses mencanting. Panasssss......

 Setiap peserta berpeluang utk melukis sebanyak 2 lukisan.

 Tak ketinggalan menconteng nama.

 Yang perempuan ni guru di Bengkel KEMAS ni @ mak sedara saya. Yg lelaki ni lah guru yang mengajar kami mencanting batik tu.

 Cantikkan bila dah di bubuh kaler.

 Ni pun sama. Macam cantik jer.....(perasan la tu)

 Sebahagian daripada hasi kerja tangan peserta. Cantik2 belaka

Ni hasil kerja tangan guru bengkel @ mak sedara saya. Gambar pemandangan.

KEK RED VELVET

Assalamualaikum........

Lebih 2 tahun saya menyepi diri dari dunia berblogging. Lama sungguh tak mengupdate blog. Hari ni entah kenapa tetiba lak rasa rindu nak mengupdate blog yang dah sekian lama ditinggalkan. Aktiviti menjahit Beg Sejadah pun dah lama tak beroperasi semenjak bulan puasa hari tu. Jadi untuk menghangatkan kembali blog yang agak-agak dah basi ni maka saya masukkanlah entry projek membaking yang pernah saya buat sebelum ni yang sempat diambil gambar. Projek Kek Red Velvet yang sangat sedap pada tekak saya. Jom la tengok-tengok ye.



Ini kek yang saya buat masa harijadi anak bongsu saya yang lepas. Kebetulan di  tadika anak ada buat sambutan harijadi utk kanak-kanak di situ. Resepi saya ambil dari blog hanamemories.blogspot. Rasanya dh ramai yang dah tahu resepi ni kan.



Disebabkan keenakan kek ni juga saya telah mendapat tempahan yang pertama dari pengasuh Taska anak saya. Kebetulan pemilik Taska dan Tadika adalah orang yang sama dan terletak berdekatan diantara satu sama lain. Nak dijadikan cerita pengasuh ni dah jatuh cinta dengan keenakan kek ni terus la dia mengoder. Ni kira kali kedua dia menempah dari saya kek yang sama. Kek yang memula dulu tak ambik gambar pun. Dan dek kerana kepercayaan yang telah diberikan oleh pengasuh taska anak saya tu jugaklah kini saya dah berani nak ambil tempahan. Buat permulaan, kek nama ni jelah yang saya buat. Itupun setelah mendapat fedback yang menggalakkan dari mereka-mereka yang pernah merasa air tangan saya ni. 

 kek yang saya buat utk dijamu kepada sanak saudara masa pernikahan sepupu aritu.

Saya layerkan 2 lapis. Tu yang sodap tu.....