Bunga Berguguran

Monday, January 24, 2011

PIZZA

 
Sebelum Masak

 Dah masak

Buat pizza ni semalam. Topping dia ikut stok yng ada kat rumah je. Resepi dari k fida@myresipi. Kali ni saya tak ikut 100% resepi sebab ikut stok tepung yang ada. Saya campurkan tepung roti, tepung superfine dan tepung gandum. Tapi kuantiti tak ingat sebab main timbang je. Resepi asal kat bawah ni. Alhamdulilah menjadi dan anak2 pun suka.

ROTI - DOH ASAS
Sumber: K.Fida@myresipi


 Bahan-bahan:
  • 600 g tepung roti ( 5 cawan rata) {saya campur 3 jenis tepung}
  • 120 g gula halus (1/2 cawan rata) {saya letak 50gm je}
  • 1 sk rata garam
  • 2 sb susu tepung (opt) {saya tak letak}
  • 5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
  • 1 biji telur
  • 250 ml air
  • 60 g mentega - lembut (2 sb penuh) - {saya guna majerin sebab takde mentega}

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
  2. Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
  3. Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll.
  4. Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan isi inti potongan choc. atau kismis dll...dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
  5. Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
  6. Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.
  7. Siap untuk dihidangkan, utk sarapan atau minum petang.

 
Untuk Topping saya letak sosej ayam. Goreng sekejap. Bila sejuk tabur atas pizza yang dah naik.. Paipkan sos cili dan mayonis. Bakar hingga masak.

Friday, January 21, 2011

APAM BERAS


Masak apam ni malam tadi. Ingat nak buat sarapan pagi ni. Tapi dah selamat malam tadi jugak. Buat pun 1/2 adunan je. Saja nak cuba-cuba. Alhamdulilah menjadi apam ni dengan jayanya. Terima kasih kepada cha@myresipi penyumbang resepi ni.


Apam Beras
resepi asal: cha@myresipi


Bahan-bahan:

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula
2 1/2 cwn air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam - tak letak sebab takde

Cara-cara:
  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

NASI GORENG KAMPUNG

Buat untuk sarapan pagi. Anak-anak saya suka ni. Terajin pulak nak letak resepinya. Tapi macam biasalah, resepi biasa2 je.


Nasi Goreng Kampung
Sumber: sendiri

Bahan-bahan:
1 mangkuk sedang nasi
segenggam ikan bilis - bersihkan
5-10 ulas cilipadi - kurangkan jika tak suka pedas
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 batang kacang panjang - patahkan pendek-pendek
1 sudu makan kicap masin
1 biji telur
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat:
  • Goreng garing sebahagian ikan bilis. Ketepikan.
  • Tumbuk cilipadi, ikan bilis, bawang kecil dan bawang putih.
  • Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
  • Masak hingga kekuningan. Masukkan telur dan kacau hingga hancur.
  • Masukkan kacang panjang.
  • Masukkan nasi. Kacau rata. Bubuh kicap dan perasakan garamnya.
  • Hidangkan dengan ikan bilis goreng.

Monday, January 10, 2011

BUN LEMBUT OSAKA LAGI

Kaya dah ada ni, roti pulak dah habis. Buat lagi roti Bun Lembut Osaka si Ros ni. Kali ni hasilnya lebih sedap dan lembut lagi. Ini komen dari pelanggan-pelanggan saya yang kat rumah ni la. Resepi ada kat sini. Jom jamu selera.


Sunday, January 9, 2011

KAYA PANDAN

Memandangkan sejak kebelakangan ni gemar sangat buat roti, teringin pulak nak makan roti cicah kaya. Rayau punya rayau terjumpa resepi ni kat rumah ros jintanmanis.Kebetulan bahan-bahan kat rumah pun semua ada kecuali tepung kastad. Saya gantikan tepung kastad dengan tepung jagung. 





Kaya Pandan
Sumber: ros@jintanmanis

Bahan-bahanya
350ml santan pekat ( ros guna santan dalam tin ayam brand) - saya guna santan biasa je
3/4 cawan gula
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( boleh ganti dengan tepung gandum) - saya guna tepung jagung sebab tiada
3 biji kuning telur ( ros guna saiz telur saiz M)
1 helai daun pandan di simpul
beberapa titik esen pandan ( nak guna pandan emulco pun boleh) - saya tak letak
beberapa titik pewarna hijau

Cara-caranya
1. Campurkan santan, kuning telur, gula, esen pandan dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisker.
2. Kemudian ambil tepung kastard dan bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tepung kastard di dalam bekas berisi adunan santan tadi, kacau lagi, kemudian tapis adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan yang disimpul.
3. Masak dengan api perlahan, dan perlu di ingat, perlu kacau selalu jangan ditinggalkan, kacau sehingga kaya pandan menjadi pekat dan berkilat, masa mengacau lebih kurang 20-25 minit, setelah pekat, angkat dan sejukkan, barulah boleh di simpan di dalam bekas kaca dan di letakkan di dalam peti ais.  Selamat Mencuba.

Tekstur kaya yang saya buat tidak licin dan kelihatan sedikit berminyak. Mungkin saya tidak menggunakan tepung jagung seperti mana resepi asal. Menurut ros, empunya resepi kalau kita guna tepung jagung teksturnya akan nampak halus dan licin. Berminyak pula mungkin sebab saya guna santan kelapa biasa. Walaubagaimanapun kaya ni memang sedap. Lemak-lemak manis rasanya. Terima kasih ros kerana sudi berkongsi resepi.

BUN LEMBUT OSAKA

Buat roti ni untuk minum petang semalam. kebetulan ada chocolate rice, saya pun letaklah kat atasnya. Lepas masak kejap je licin dimakan panas2 oleh anak2. Ambil resepi ni dari rumah ros jintanmanis. First time saya buat roti dengan menggunakan 'water roux'. Lembut dan gebu roti ni. Bahan2 pun mudah. Terima kasih ros atas resepi yang sedap ni. minta izin ros untuk cnp resepi ni kongsikan di sini ye!

 
Bun Lembut Osaka

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
300gram tepung roti
80gram tepung gandum
2sudu besar water roux
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
160 ml air suam
* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu
resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.

Friday, January 7, 2011

KUEY TEOW GORENG


Tergoda dengan Char Kuey Teow Goreng kat rumah nurindah, sewaktu singgah kedai semalam capai lah sebungkus kuey teow ni. Tapi namakan kuey teow goreng je sebab rencah yang ada cuma ayam dan kucai je. Dapat lah tadi buat bekalan anak2 ke sekolah. Emaknya pun tapau sekali. Saya memang lebih suka membawa bekalan daripada membeli di kafeteria. Anak2 pun begitu. Kadang2 bila dah dihidangkan dengan menu yang sama setiap hari jemu jugak. Lebih baik bawa je makanan dari rumah. Insyaallah kebersihan pun terjamin. 

Bahan.bahan:

500gm Kuey Teow
3 Sudu Makan Cili Kisar
5 Ulas Bawang Putih - Diketuk
4 Ketul Ayam - Potong Kecil dan bersihkan
1/2 Biji Tomato - Dihiris
Secekak Daun Kucai - Bersihkan dan Potong- potong
2 Biji Telur - Kacau Dengan Garfu
2 Sudu Besar Kicap Pekat
3 Sudu Besar Kicap Masin
Garam Secukup Rasa
Sedikit Minyak Untuk Menggoreng


Cara Membuat:
  • Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih. Goreng hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar. Bila pecah minyak masukkan ayam dan tomato.
  • Bila ayam hampir empuk, masukkan kicap pekat dan kicap masin.
  • Masukkan telur dan kacau sebentar. Masukkan kuey teow dan daun kucai. Jika terlalu kering masukkan sedikit air.
  • Perasakan garamnya. Siap untuk dihidang.


Wednesday, January 5, 2011

MEE GORENG BASAH


Buat pagi tadi untuk bekalan umi dan anak2.





Letak siap2 dalam bekas masing2.

Monday, January 3, 2011

ROTI LAGI

Dek dah terpikat dengan resepi k.fida@myresipi ni arini saya buat lagi roti menggunakan resepi doh yang sama. Kali ni saya letak franfurter ayam dan paipkan dengan sos cili dan mayonis. Saya buat mini size je. Anak2 pun suka. Comel2 je sesuai untuk tangan2 si kecil. 


Saturday, January 1, 2011

ROTI KACANG MERAH

Sementara nak menunggu Kek Gula Hangus tu terperap maka saya pun buat la roti ni. Ini pun sebab nak perabihkan inti kacang merah yang ada kat dlm esbok tu. Takut nanti terluput pulak tarikhnya. Untuk Dohnya saya menggunakan resepi Roti - Doh Asal ciptaan k.fida@myresipi. Saya bentukkan jadi macam bunga. Sedap dan lembut je roti ni. Terima kasih k fida.



 Bahan-bahan:
  • 600 g tepung roti ( 5 cawan rata)
  • 120 g gula halus (1/2 cawan rata)
  • 1 sk rata garam
  • 2 sb susu tepung (opt)
  • 5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
  • 1 biji telur
  • 250 ml air
  • 60 g mentega - lembut (2 sb penuh) - saya guna majerin sebab takde mentega

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
  2. Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
  3. Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll.
  4. Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan isi inti potongan choc. atau kismis dll...dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
  5. Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
  6. Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.
  7. Siap untuk dihidangkan, utk sarapan atau minum petang.

KEK GULA HANGUS


Terjumpa resepi ni kat rumah ayu singapore. Tersangatlah tergoda dengan tekstur kek yang dibuat oleh ayu. So saya pun minta izin utk cnp dari rumahnya. Pemilik asal resepi ni ialah k halimah. Terima kasih kepada semua sifu2 yg telah sudi memberikan step by step cara membuat kek ni. Dan nilah hasil kek saya selepas dipotong.


Ingredients for caramel:-
1 cup sugar-(1 cawan gula)
1 cup hot water-(1 cawan air panas)
2 tbsp butter-(2 sudu besar mentega)
On medium heat, fry sugar in a saucepan. When the sugar has almost melt, add in hot water(be careful @ this part cause it will be popping.) Add in butter and stir till melts. Put to cool and set aside.-(Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati2 sebab nanti dia meletop letop. Tutup api & cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair. Ketepikan)

Ingredients for cake:-
4 eggs-(4 biji telur)
1 cup condensed milk-(1 cawan susu pekat)
1 cup plain flour-(1 cawan tepung gandum)
2 tsp soda bicarbonate-(2 sudu teh soda bicarbonate)
1 tsp vanilla essence-(1 sudu teh vanilla essence)


Method:-
Using a hand mixer beat eggs till creamy and thick. Add in condensed milk mixed well. In a blender pour eggs and milk mixture. PRESS the on button. Then add in plain flour & soda bicarbonate which has been sifted and Vanilla Essence. PRESS the on button again. Lastly add in the syrup. PRESS the on button again. Leave the mixture in the blender for 3-4 jam(covered) to get a beautiful 'sponge'. After 3-4 hours, pour into a 5" greased tray in order to get a 'higher sponge'(I used 7" inch tray) in oven.Without stirring the mixture(This was what I did), pour the ingredients directly into tray in the oven. Bake for 60 minutes or till cook at 160 degrees Celsius (For my oven I used 145C degrees and bake for 90 minutes) using just the below heat(api bawah). The last 20-30 minutes use both heat(api atas and bawah). Take out from oven and let it cool before cutting. -(Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat and mix lagi. Tuangkan adunan kedalam blender dan tekan ON. Masukkan tepung & soda bicarbonate yang telah diayak tadi dan esen vanila. Tekan On lagi. Last baru masukkan gula hangs tadi. Tekan On lagi. Biarkan adunan dalam blender selama 3-4 jam(tertutup) untuk mendapatkan 'span' yang cantik. Selepas diperap, masukkan adunan kedalam loyang yang telah digris dengan butter(Tanpa menggodak adunan tu). Gunakan loyang 5", kalau nak kek yang tinggi( saya gunakan loyang 7" aje)Tuang adunan terus kedalam loyang dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit. (Saya bakar suhu 145c selama 90 minit untuk oven saya) dengan menggunakan api bawah sahaja. Balance 20-30 terakhir, pakai api atas dan bawah. Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong.)Sources:- From Kak Halimah@resipidiana.blogspot.com- steps from Maklang and some of the steps I added myself..


p/s ayu: Walaupun kek akak ni tidaklah menggoda seperti yang ayu buat. Tapi akak berpuashati sebab ini percubaan pertama. Kek ni sedap dan lembut. Cuma agak manis sedikit bagi tekak akak. Mungkin lain kali boleh kurangkan sedikit gula @ susu pekat.


BEG KECILKU

Ni projek jahitan yang sempat saya siapkan semalam. Alah simple je. Lebihan kaki jeans anak. Sayang pulak nak dibuang. Pikir punya pikir dapat la idea buat beg ni. Boleh wat isi purse & hp. Utk kegunaan sendiri je.

MENU SEMALAM

Ni menu hidangan tengahari kat rumah ni semalam. Tiada resepi sebab masakan biasa2 je. Rasanya semua orang pun dah biasa dengan resepinya. Jom cuci mata.

Masak Lemak Cilipadi Ikan Jenahak

Buncis Goreng Ayam

Sambal Ikan Jenahak