Bunga Berguguran

Thursday, December 30, 2010

KUIH PUTERI AYU


Kuih ni adalah salah satu kuih kegemaran saya. Fobia nak buat kuih ni sebab penah buat sekali tapi tak menjadi. Masa tu tengah excited buatlah satu adunan. Ingat dapat makan sepuas-puasnya tapi hampa hasilnya mengecewakan. Hinggalah suatu hari sewaktu saya berkunjung ke rumah hanamemories.blogspot.com . Tengok betapa cantiknya kuih dia, teruja nak mencuba semula. Resepi asal dari mama kastam tioman@myresipi. Saya pun buat 1/2 adunan je. Sebab nak test market dulu. Alhamdulilah berjaya jugak akhirnya buat kuih ni. Tapi takde lah secantik sifu2 lain buat. Lagipun kelapa parut biasa je yang ada kat rumah. Nak ke kedai malas pulak rasanya. So layan je la. Walaupun kuih saya tak cantik tapi rasanya memang sedap. Kena je dengan tekak saya. Tq mamakastam dan hana. Lain kali pasti ku buat lagi.



Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air ) -
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
   Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.


** Saya telah blenderkan 5 helai daun pandan ke dalam santan sebab saya sangat suka dengan aroma pandan. Saya juga tidak letak pewarna hijau sebab dah habis. Tu yang pucat je nampaknya.

KARI AYAM

Menu harian kat rumah saya ni memang selalu biasa2 je. Kalau masak lain sikit, diorang makan ala kadar je. Alamatnya saya la yang kena menghabiskannya. Sebabnya orang dalam rumah ni kebanyakannya berselera kampung. Lauk2 biasa macam ni lebih diminati. Jom tengok resepi saya


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (sederhana) - potong dan bersihkan
1 biji kelapa (ambil 5 cawan santan)
1 inci kunyit hidup           }
5 biji cilipadi                   }
10 tangkai cili kering       } kisar dengan
3 ulas bawang kecil        } sedikit air
2 ulas bawang putih       } 
3/4 peket kecil rempah kari daging/ayam
2 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang - belah 4
Sedikit minyak untuk menumis
Asam keping
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
  • Panaskan minyak di dalam periuk.
  • Masukkan bahan2 kisar, daun kari dan rempah kari. Tumis hingga naik bau
  • Kecilkan api dan masukkan ayam. Biarkan sehingga airnya kering. 
  • Kacau selalu supaya ayam tidak hangus
  • Masukkan santan dan ubi kentang. 
  • Bila kentang dan ayam dah empuk perasakan garamnya dan bubuh asam keping. Biarkan sebentar.
  • Angkat dan hidangkan.


Wednesday, December 29, 2010

TEPUNG PELITA


Dah lama buat sebenarnya. Memang selalu buat pun. Bulan puasa tahun lepas weekend sempatlah saya jual kuih ni. Kirim kat jiran tolong jualkan kat bazaar ramadhan. Jiran saya kata beratur orang nak beli. Last2 jiran saya tu mintak resepi dan buat sendiri. Resepi dari yani@myresipi. Sedap bagi yang menggemari.

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam
Bahan-bahan:
  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan

CREAM CHEESE POUND CAKE

Selesai masak semalam sempatlah saya buat kek ni. Nak menghabiskan cream cheese yang diberi oleh adik yang berpindah ke Johor tu. Dah lama jugak terperam kat esbok. So merajinkan jugak diri membuat kek ni. Sekurang-kurangnya sebahagian cheese ni dah digunakan. Agak mudah jugak buat kek ni sebab caranya sama macam buat kek biasa. Hasilnya pun banyak. Dapat lah bawak kat pejabat bagi kawan2 rasa. Meh tengok resepinya

Sumber: Allrecipe

 Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan mentega (saya letak 250gm)
  • 8 aun cream cheese (saya letak 230gm)
  • 3 cawan gula aising (saya blenderkan 2 1/4 cawan gula pasir)
  • 6 biji telur
  • 3 cawan tepung kek (saya guna tepung superfine)
  • 1 camt esen vanilla (saya letak 2 camt)
  • 1 camt esen badam (saya tak letak) 
  • 2 camt baking powder (ini saya tambah)
 

Cara Membuat:

  1. Panaskan oven 160 C. Griskan dan tabur tepung tube pan saiz 10 inci (saya guna acuan bingka je) 
  2. Di dalam mangkuk pukul mentega,gula dan cream cheese hingga putih dan gebu. Masukkan kedua2 jenis esen. Pukul sebati 
  3. Perlahan-lahan masukkan tepung berselang seli dengan telur. Dimulai dengan tepung dan diakhiri juga dengan tepung. Untuk proses ni saya guna speed perlahan je
  4. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 1 1/4 jam atau hingga masak
 

Nota:

1)  Suhu membakar bergantung kepada kesesuaian oven masing-masing
2)  Pada permulaan membakar saya tutup permukaan kek dengan aluminium foil. Lepas 1 jam baru saya buka dan bakar seperti biasa.
3.) Kek ni memang lembut dan gebu. Lain kali saya nak cuba letak esen lemon pulak. Mesti lagi sedap. 

PUCUK UBI MASAK LEMAK CILIPADI


Hidangan makan malam semalam. Aritu balik kampung mak mentua bekalkan pucuk ubi ni. Dek terlupa, semalam barulah dimasak. Gandingkan dengan goreng ikan je. Resepi masak lemak pucuk ubi ni lebih kurang sama macam masak lemak cili padi cendawan tiram tu jugak. Cuma bezanya tiada serai dan pucuk ubi tu saya celur dulu dengan air mendidih. Buang air hijau dia. Kalau tak orang kat rumah ni sakit kepala.


HARI KELUARGA

Pada hari sabtu yang lepas kami sekeluarga berpeluang menyertai Hari Keluarga yang telah dianjurkan oleh tempat kerja saya di Melaka Wonderland. Ramai jugaklah yang turut serta. Selain tu ada lagi 9 organisasi yang menganjurkan Hari Keluarga di tempat yang sama. Bayangkan lah punya lah ramainya manusia kat situ. Sempat jugaklah snap sikit2 gambar anak yang tengah seronok tu. Yang tak seronok mak dia je la. Saya ni kureng minat sikit nak pegi tempat2 camni. Ni pun pegi sebab nak bawak anak je disamping mengeratkan silaturrahim.


 
Kelakar...dah biasa salam cium tangan, sampai salam ngan maskot pun nak cium tangan jugak.

 
 


 


 
 

Tuesday, December 28, 2010

UKURAN BEG SEJADAH

Dah beberapa hari ni takde n3 baru. Sibuk sikit dengan pelbagai urusan. Maklum saje la, cuti sekolah akan berakhir tak lama lagi. Bagi ibubapa yang ada anak2 yang dah bersekolah tentu sibuk jugak kan. Hari ni saya cuma nak jelaskan secara detail tentang tentang ukuran beg sejadah kerana mungkin ada yang tertanya-tanya. Kalau takde yang bertanya pun tak apalah. hanya sekadar untuk pengetahuan. Boleh tengok contoh kat dalam gambar ni.

Thursday, December 23, 2010

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong dan bersihkan
1 biji kelapa - jadikan 3 cawan santan
2 biji ubi kentang - belah 4
20 cili padi (kurangkan jika tak suka pedas)             }
1 inci kunyit hidup   } tumbuk lumat
1 ulas bawang kecil }
2 batang serai - dititik
1 asam keping
garam secukup rasa

Cara-cara:
1.     Masukkan ayam, serai dan bahan tumbuk ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan hingga air ayam hampir kering.
2.     Masukkan santan dan kentang. Pada masa ini gulai hendaklah selalu dikacau supaya tidak pecah minyak. Tunggu hingga kentang empuk.
3.     Bila kentang dah empuk, masukkan asam keping dan perasakan garamnya.
4.     Angkat dan sedia untuk dihidang

Tuesday, December 21, 2010

MEE KARI

Petang tadi masak Mee Kari je untuk makan malam. Resepi mee kari biasa-biasa je. Tapi puas hati bila tengok anak-anak berselera menikmatinya.

  Bahan-bahan:

(A)
15 tangkai cili kering - potong dan buang biji. Rendam sebentar
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar

Sebiji kelapa parut
6 cawan air
1 peket rempah kari
Setangkai daun kari
1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
1/2 kg kerang - rebus sebentar dan kopek isi
2 batang Fishcake - hiris
1 asam keping
Sedikit minyak untuk menumis

1 kg mee kuning }
Sawi 1 ikat         }  Dicelur sebentar


Cara-cara:

1.     Blender bahan2 A. Ketepikan
2.     Masukkan kelapa parut dan sebahagian air ke dalam blender. Blender lebih kurang 5 minit. Perah airnya dan campurkan lebihan air tadi dan ketepikan
3.    Panaskan minyak di dalam periuk. Campurkan rempah kari, daun kari dan bahan yang telah diblender tadi. Tumis hingga pecah minyak.
4.    Masukkan ayam dan masak sehingga kering airnya. Kemudian masukkan fishcake dan tumis sebentar
5.    Masukkan santan dan kacau hingga mendidih. Masukkan asam keping  perasakan garamnya. Angkat dan hidangkan bersama dengan mee kuning yang telah dicelur tadi.

MUFFIN PANDAN


Sebenanya dah lama wat ni tapi arini baru dapat masuk. Banyak betul dugaan nak masukkan entri ni. Sabo je la. Resepi ni saya ambik dari fp kak rinnchan. Bahan-bahannya mudah didapati. Nak buat pun senang.


MUFFIN PANDAN
Sumber : -Cari.com


Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung (saya guna minyak masak je sb takde) 
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc. (saya tak letak sb takde)

Nota :

*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis.

Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.

 2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.

3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).

4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.

5. Bakar selama 20minit.




KUIH SERI MUKA


Dapat resepi ni dari resepi4u. Tapi saya buat setengah adunan je. Tinggalkan beberapa ketul untuk sarapan anak2 pagi ni.


 
Bahan-bahan:

Lapisan bawah:
3 cawan beras pulut
3 cawan santan cair
½ sudu teh garam

Lapisan atas:
3 cawan santan pekat
4 helai daun pandan (jadikan jus pandan)
½ sudu teh pewarna hijau
½ cawan gula
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung atau kastad
1 biji telur
1 sudu teh garam


Cara Penyediaan:

Lapisan bawah:

1) Gaul rata semua bahan .
2) Masukkan pulut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
3) Tekan padat pulut yang telah masak tadi.

Lapisan atas:
 1) Kisar semua bahan dan tapis.
2) Tuangkan perlahanlahan atas pulut tadi.
3) Kukuskan lebih kurang ½ jam.
4) Sejukkan dahulu baru potong.
Sedia untuk dihidangkan.


SAYUR PAK CHOY GORENG SOTONG

Satu lagi menu yang digandingkan dengan Ikan Masak Sos tu ialah resepi ni. Campak2 je. Ni dah tentulah saya dan suami je yang makan.



Bahan-bahan:

3 jambak sayur pak choy - bersihkan dan dipotong
3 ulas bawang putih - diketuk
3 ekor sotong - bersihkan dan potong bulat
sedikit minyak masak
garam secukup rasa

Cara-cara:

1.    Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
2.    Masukkan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
3.    Masukkan sotong. Kacau sebentar dan masukkan pula sayur.
4.    Perasakan garamnya. Angkat dan hidangkan

KERAPU MASAK SOS

Ni menu makan malam. Resepi simple je. Tak nak letak macam2 kerana sudahnya akan menjadi habuan Cik Tong. Anak2 tak berapa makan sangat sayur2 so buat plain ajelah. Hatta bawang pun kena hiris halus2. Kalau tak saya n suami je la yang makan bawang2 tu.

Bahan-bahan:

Bahan Utk Blender
15 tangkai cili kering - potong, buang biji dan rendam sekejap
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih

1 ekor ikan Kerapu (sederhana besar) - Buang sisik dan isi perut dan bersihkan
sedikit tepung jagung
1 biji tomato -belah 6
2 ulas bawang putih - diketuk
1 labu wang besar - hiris halus
1 biji cili merah - potong memanjang
4 sudu besar sos cili
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

1.     Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan tepung jagung. Goreng terendam hingga kekuningan. Ketepikan.
2.     Panaskan sekit minyak di dalam kuali dan masukkan bawan putih ketuk dan masak hingga kekunigan. Masukkan bahan blender dan hiriskan tomato didalamnya. Masak hingga pecah minyak.
3.     Masukkan bawang besar hiris dan cili merah. Biar layu. Selepas itu masukkan sos cili dan sedikit air asam jawa. Perasakan garam dan gulanya.
4.     Bubuh sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
5.     Bila kuah dah pekat angkat dan curahka ke atas ikan. Hidangkan

Sunday, December 19, 2010

ROTI CANAI SEGERA

Pagi tadi saya sempat memasak roti canai segera. Adunannya telah saya uli malam tadi. Pagi baru saya tebarkan. Resepi dari Joayee@myresipi.com. Dah banyak kali jugak la saya menggunakan resepi ni. Mudah kerana semua ada sukatannya. Utk sesiapa yang baru nak mencuba membuat roti canai sendiri, saya memang mencadangkan resepi ni. Kali ni saya buat 4 adunan. Utk makan sendiri cuma dalam 1 adunan aje. Yang selebihnya telah saya berikan pada adik yang akan berpindah ke Kluang, Johor mengikut suaminya minggu depan. Saya buat pun atas permintaan mak. Katanya nanti senang penat2 pindah, kalau lapar goreng je roti ni. Saya pun memang selalu buat lebih dan simpan dalam peti ais. Mudah anak2 masak sendiri bila diperlukan. Cubalah! pasti puas hati dengan hasilnya.

Bahan-bahan:
(anggaran 12-16 biji bergantung pada saiz)

550gm Tepung Gandum (saya guna tepung gandum cap kunci)
250gm air (saya guna air peti ais)
1 biji Telur
3 Sudu Besar Susu Pekat Manis
1 Sudu Teh Garam Halus
1 Sudu Teh Butter (saya guna majerin)

Cara-cara:

1.     Sebatikan air, garam, susu pekat, telur dan mentega
2.     Masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung
3.     Kacau hingga sebati. Uli selama 10 minit. Saya uli guna mixer.
4.     Rehatkan doh selama 10 minit.
5.     Ulangi no.4 & no.5 sebanyak 3 kali. Pada pendapat saya kalau uli guna mixer tak perlu sampai 10 minit. Nanti dia jadi keras sebab terover uli.
6.     Buat bulat-bulat seperti dalam gambar (i). Sapukan majerin pada setiap biji dan perap selama 3 jam. Saya perap semalaman.
7.     Selepas diperap. Leperkan sedikit bebola seperti di gambar (ii) dan biarkan lebih kurang 10 min.
8.     Sapukan sedikit minyak pada dulang besar dan tepekkan bebola yang telah dileperkan tadi seperti di gambar (iii)
9.     Tarik perlahan-lahan hingga adunan menutupi permukaan dulang seperti di gambar (iv). Renjiskan sedikit minyak masak.
10.   Lipat empat atau mengikut pilihan.
11.   Goreng di atas kuali yang telah dipercikkan sedikit minyak- gambar (v). Goreng hingga roti canai kering di kedua-dua bahagian seperti di gambar (vi)
12.   Sejukkan sebelum packing dan disimpan di dalam peti ais.
(i)
(ii)

(iii)


(iv)

(v)

(vi)

*Nota: Kalau buat roti canai segera hanya sekali je renjis minyak pada kuali iaitu pada gorengan yang pertama. Untuk gorengan yang seterusnya tak perlu renjis minyak lagi sebab kita bukan nak garingkannya.


Beg Sejadah Siap

Beg Sejadah ni adalah beberapa beg yang telah berjaya saya siapkan. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli bolehlah menghubungi  saya di e-mel hahizu@yahoo.com / hahizuimal@gmail.com / telefon saya 012-6786463. Harganya RM65 tidak termasuk harga pos. Boleh datang sendiri mengambilnya di sekitar Seremban dan Senawang. Jom cuci mata.





 



 


 



Untuk pengetahuan, corak Sejadah didalamnya lebih kurang sama antara satu dengan lain tetapi mengikut warna kain beg. 

CONTOH CORAK SEJADAH - Warna Biru



Saturday, December 18, 2010

Cara Melipat Beg Sejadah

N3 kali ni saya nak tunjukkan bagaimana rupa beg sejadah ini apabila dibuka untuk digunakan. Jom Tengok....

 Posing Beg sejadah


  
 Inilah Rupa Sejadah Didalamnya.

Lipat kiri dan kanan sejadah

 Lipat atas dan bawah sejadah

Isi Telekung Didalamnya

Zipkan kiri dan kanan. Tara... Sudah boleh dibawa.