Bunga Berguguran

Thursday, April 29, 2010

Tercapai Sudah Hajat Di Hati...

Semalam mesin jahit industri yang saya pesan dah sampai. Tengahari cina mesin tu datang hantar. Mujurlah semalam saya cuti. Dah lama berangan nak memiliki mesin jahit industri. Alhamdulillah akhirnya tercapai jua hajat di hati. Tak menyempat-nyempat nak mencuba. Mesin baru la katakan. Sempat jugalah menyiapkan projek beg sejadah. Kebetulan ada order dari rakan-rakan sepejabat. Hari tu Kak Su beli 2 beg. Warna biru dan purple. En. Rad pula beli yang warna hitam berbunga pink. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi membeli. Tu yang buat bertambah bersemangat ni.


MODEL: 2591D300A

Friday, April 23, 2010

Beg Yang Dah Terjual

Inilah dia beg yang saya buat aritu. Warna biru dan warna pink.

Dah Ada Pembeli

Dua hari yang lepas saya telah membawa hasil kerjatangan saya tu kat pejabat. Kak Su, officemate saya telah membantu saya canangkan tentang beg sejadah saya tu kat staff di BN. Alhamdulillah, yang warna biru tu telah dibeli sementara yang pink telah dibawa oleh seorang staff BI bagi tujuan promosi setelah ditunjukkan oleh Kak Mi. Terima kasih pada kawan-kawan yang telah sudi mengiklankan untuk saya. Maklumlah saya ni pemalu sikit. Tadi tengahari saya keluar beli kain lagi. Cadang hujung minggu ni nak buat lagi sebab ada kawan yang dah order tapi belum sempat lagi nak buat. Sabar ye!

Tuesday, April 20, 2010

Beg Sejadah Lagi






































































































Cuti minggu yang lepas, saya telah berjaya menyiapkan 2 beg sejadah. Terlanjur semangat tengah berkobar ni apalagi saya pun pulunlah buat. Hajat hati nak buat sampel. Manalah tau kot ada kawan-kawan yang nak beli. Disamping melayan hobi dapat jugaklah saya menambah duit poket. Cadang nak jual around RM65 jek. Mahal ke..... Taklah kan. Yang saya buat ni sejadah baik punya. Tak tebal tak nipis sangat. Ngam-ngam je. Import dari Turki lagi. Cewah... Baik punya promoter. Meh la cuci cuci mata yek.












Thursday, April 15, 2010

Beg Sejadah Saya












Jeng...Jeng...Jeng. Inilah beg sejadah saya. Setelah berhempas-pulas maka jadilah beg ni. Cantikkan.

Wednesday, April 14, 2010

Beg Dari Sejadah. Boleh Isi Telekung Lagi.

Semalam saya berpeluang untuk menghadiri Bengkel Membuat Beg Dari Sejadah di Bengkel KEMAS Kg. Pondok Rasah. Cikgu yang mengajar Cikgu Anum (mak sedara) dan Kak Gee. Terima kasih pada cikgu-cikgu ni dan mereka2 yang terlibat kerana tak lokek nak mencurah ilmu. Yang paling penting ucapan terima kasih pada KEMAS kerana telah menganjurkan bengkel ini secara percuma kepada murid-muridnya. Enjoy sangat-sangat, tapi sayang terlupa nak bawa kamera. Tak dapatlah nak ambik gambar. Rasa-rasanya nak jugak buat bisnes dengan kraftangan ni. Tapi kena la buat kira-kira dulu modal dan tenaga. Nantilah gambar hasil kerjatangan pun belum sempat nak upload lagi. Tadi saja je la bawa datang beg sejadah tunjuk kat member di pejabat. Nampaknya dah ada yang berminat nak menempah. Nanti bila dah ambil gambar saya pamer gambar kat sini ye. Tunggu.......